Akaun Ambank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah akaun individu pertama yang diwujudkan dengan nama kod bagi tujuan melindungi maklumat dan menjaga sensitiviti akaun itu.<br /><br />Joanna Yu Ging Ping, 51, bekas pengurus perhubungan di bank itu, berkata, akaun peribadi Najib yang berakhir dengan 694 diberi nama kod AmPrivate Banking - MR, dan idea untuk menggunakan nama kod itu adalah permintaan dan cadangan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
